HUKUM ISLAM BERKAITAN PENDAPAT ULAMA

Islam tidak menggalakkan umatnya memelihara anjing sekiranya tiada keperluan ataupun darurat. Oleh itu seorang muslim harus menjauhi dari memelihara anjing sebagai sebuah hobi atau tanpa sebarang keperluan yang dibenarkan. Hadis yang menjadi sandaran diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim, seperti berikut :


مَن اقْتَنَى كَلبًا - إلاَّ كَلبَ صَيْدٍ أوْ مَاشِيَةٍ - فَإنَّهُ يَنقُصُ مِن أَجْرِهِ كُلَّ يَومٍ قِيرَاطَانِ


Yang bermaksud : Barangsiapa yang memelihara anjing- melainkan anjing buruan ataupun bagi pengembalaan kambing- maka akan dikurangkan dari pahala hariannya sebanyak dua Qirat.1


Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 4 :


يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَاب


Yang bermaksud : Mereka menanyakan kepadamu, "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah, "Dihalalkan bagimu perkara yang baik-baik, dan binatang buas yang telah kamu melatihnya (untuk berburu); menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah ke atas buruan tersebut. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya


Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan binatang buas di dalam ayat ini adalah anjing pemburu.2 Oleh itu, seperti yang dinyatakan pada hadith di atas, Islam membenarkan penggunaan anjing sekiranya terdapat keperluan yang tertentu seperti memburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah atau yang seerti dengannya dari sudut keselamatan dan keberkesanan. Imam Shafi'i pernah menyatakan:


3وَلا يَجُوزُ اقْتِنَاؤُهُ إِلا لِصَاحِبِ صَيْدٍ أَوْ حَرْثٍ أَوْ مَاشِيَةٍ أَوْ مَا كَانَ فِي مَعْنَاهُمْ .


Yang bermaksud: Dan tidak dibenarkan pemeliharaan anjing melainkan bagi seorang pemburu, pekebun, penternak binatang atau sesiapa yang berada dalam situasi yang serupa dengan mereka.


Imam Al-Mawardi pula berpendapat:


4لا يَجُوزُ اقْتِنَاءُ الْكَلْبِ حكمه إِلا أَنْ يَكُونَ مُنْتَفَعًا بِهِ فَيَجُوزُ اقْتِنَاؤُهُ.


Yang bermaksud: Hukum memelihara anjing adalah tidak dibenarkan, melainkan terdapat kemanfaatan baginya. Apabila terbukti kemanfaatannya maka dibenarkan pemeliharaan anjing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAJUK

MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK: KENAPA ANJING DAN BABI DIHARAMKAN? NAMA PENSYARAH: ENCIK SAFUAN BIN MOHD YUSOF...