TAJUK



MPU23052
SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK:
KENAPA ANJING DAN BABI DIHARAMKAN?

NAMA PENSYARAH:
ENCIK SAFUAN BIN MOHD YUSOFF

KELAS:
DUB2A

AHLI KUMPULAN:
1. DANG NUR IZZAH QISTINA BINTI YAHYA 04DUB23F1010
2. SYAZA SYAZWANA BINTI MD KHARI 04DUB23F1024
3. SHAKIRA BINTI ABDULLAH 
04DUB23F1004

PENDAHULUAN

Seperti yang kita sedia maklum, anjing dan babi adalah haiwan yang diharamkan dalam Islam.
Ini termasuk umat Islam diharamkan memegang haiwan itu dengan sengaja ataupun memakan dagingnya. Malah, bulu, kulit, dan lemaknya juga diharamkan. Selain anjing dan babi, anak yang lahir dari kedua-dua binatang itu juga diklasifikasikan sebagai najis.

Contohnya anjing atau babi berkahwin (bersenyawa) dengan binatang suci, sebagai contoh itik betina dan anjing jantan. Kalau itik dan anjing dapat anak dan walaupun anak yang dilahirkan itu atas rupa itik, ia tetap najis. Begitu juga kalau lembu berkahwin dengan babi, walaupun atas rupa lembu, ia tetap najis dan najisnya adalah mughalazah. Haiwan lain diklasifikasikan sebagai selain ketiga-tiga binatang tersebut iaitu anjing, babi dan anak yang lahir daripada anjing dan babi. 

AL-QURAN DAN HADIS

 Antara ayat al-Quran yang menegaskan akan pengharaman babi adalah seperti firman ALLAH SWT: 

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحْمَ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيْرِ ٱللَّهِ ۖ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍۢ وَلَا عَادٍۢ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya ALLAH hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi. — (Surah al-Baqarah: 173)


Malah, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa memiliki anjing bukan anjing bagi tujuan berburu, dan bukan tujuan menjaga binatang ternak, bukan juga bagi tujuan menjaga ladang, maka yang demikian itu menyebabkan pahalanya berkurangan dua qirath (satu qirath seperti gunung uhud) pada setiap hari,".

HUKUM ISLAM BERKAITAN PENDAPAT ULAMA

Islam tidak menggalakkan umatnya memelihara anjing sekiranya tiada keperluan ataupun darurat. Oleh itu seorang muslim harus menjauhi dari memelihara anjing sebagai sebuah hobi atau tanpa sebarang keperluan yang dibenarkan. Hadis yang menjadi sandaran diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim, seperti berikut :


مَن اقْتَنَى كَلبًا - إلاَّ كَلبَ صَيْدٍ أوْ مَاشِيَةٍ - فَإنَّهُ يَنقُصُ مِن أَجْرِهِ كُلَّ يَومٍ قِيرَاطَانِ


Yang bermaksud : Barangsiapa yang memelihara anjing- melainkan anjing buruan ataupun bagi pengembalaan kambing- maka akan dikurangkan dari pahala hariannya sebanyak dua Qirat.1


Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 4 :


يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَاب


Yang bermaksud : Mereka menanyakan kepadamu, "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah, "Dihalalkan bagimu perkara yang baik-baik, dan binatang buas yang telah kamu melatihnya (untuk berburu); menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah ke atas buruan tersebut. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya


Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan binatang buas di dalam ayat ini adalah anjing pemburu.2 Oleh itu, seperti yang dinyatakan pada hadith di atas, Islam membenarkan penggunaan anjing sekiranya terdapat keperluan yang tertentu seperti memburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah atau yang seerti dengannya dari sudut keselamatan dan keberkesanan. Imam Shafi'i pernah menyatakan:


3وَلا يَجُوزُ اقْتِنَاؤُهُ إِلا لِصَاحِبِ صَيْدٍ أَوْ حَرْثٍ أَوْ مَاشِيَةٍ أَوْ مَا كَانَ فِي مَعْنَاهُمْ .


Yang bermaksud: Dan tidak dibenarkan pemeliharaan anjing melainkan bagi seorang pemburu, pekebun, penternak binatang atau sesiapa yang berada dalam situasi yang serupa dengan mereka.


Imam Al-Mawardi pula berpendapat:


4لا يَجُوزُ اقْتِنَاءُ الْكَلْبِ حكمه إِلا أَنْ يَكُونَ مُنْتَفَعًا بِهِ فَيَجُوزُ اقْتِنَاؤُهُ.


Yang bermaksud: Hukum memelihara anjing adalah tidak dibenarkan, melainkan terdapat kemanfaatan baginya. Apabila terbukti kemanfaatannya maka dibenarkan pemeliharaan anjing.

HIKMAH MENJAUHI DIRI DARIPADA ANJING DAN BABI MENURUT ISLAM

Kenapa babi itu haram dalam Islam, karana babi mempunyai bakteria yang berbahaya, dan menjijikkan, kerana babi  suka pada tempat-tempat yang kotor. Mengenai bahayanya babi, sekarang sudah menjadi kesepakatan para doktor bahawasannya mereka membuktikan jika daging babi itu mengandung bahaya yang datang dari makanannya yang kotor. Orang yang memakan daging babi akan timbul dalam tubuhnya cacing-cacing pita, bagi satu cacing di samping cacing lain yang disebut bulu siput.

Alasan kukuh kenapa babi itu haram bagi umat Islam ialah sebab dari bahaya yang dapat ditimbulkannya. Islam tidak akan menafikan bahwa sesutau itu haram tanpa perhitungan yang matang. Tentu Allah akan menjamin kebaikan dan keselamatan hamba-Nya dengan melarang mendekati hal-hal yang berpotensi membahayakan.

Hukum memelihara  anjing di rumah oleh orang  Islam sebagai haiwan peliharaan adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan.

Dalam Islam, menjauhi anjing dan babi biasanya berkaitan dengan masalah kebersihan dah hukum makanan. Anjing dianggap najis dalam agama Islam, kecuali anjing yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti berburu atau penjagaan ternak. Babi pun dianggap haram dimakan. Namun, dalam konteks sosial, menjaga jarak dari haiwan-haiwan ini jugak dapat melindungi diri daripada risiko penyakit dan kontaminasi.

KAJIAN SAINS YANG BERKENAAN

Kajian saintifik berkaitan pengharaman anjing dan babi dalam Islam biasanya melibatkan aspek-aspek seperti kesihatan, kebersihan dan potensi risiko kepada kebajikan manusia. Beberapa perkara yang sering dibincangkan dalam kajian ini termasuk:


  • Penyakit Zoonotik: Anjing dan babi boleh membawa penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia, seperti rabies, trichinosis, dan beberapa jenis parasit dan bakteria lain. Kajian saintifik sering menonjolkan risiko penularan penyakit ini daripada haiwan ini kepada manusia.
  • Kesihatan Mental dan Emosi: Beberapa kajian telah mencuba untuk mengkaji kesan pemilikan anjing atau babi terhadap kesihatan mental dan emosi manusia, termasuk hubungannya dengan kebimbangan, kemurungan dan kesejahteraan psikologi umum.
  • Aspek Kesihatan Persekitaran: Penyelidikan juga mungkin mempertimbangkan kesan anjing dan babi terhadap alam sekitar, termasuk isu seperti pencemaran air dan tanah akibat sisa haiwan.
  • Pengaruh Sosial dan Budaya: Kajian saintifik juga mungkin mempertimbangkan aspek sosial dan budaya hubungan manusia dengan anjing dan babi, termasuk peranan haiwan ini dalam masyarakat dan kepercayaan budaya yang berkaitan dengannya.

Namun, perlu diingat bahawa dalam konteks Islam, pengharaman anjing dan babi biasanya berdasarkan ajaran agama dan pegangan agama, bukan hanya pertimbangan ilmiah semata-mata. Walaupun kajian saintifik boleh memberikan gambaran tambahan tentang aspek tertentu dalam isu ini, keputusan muktamad tentang hukum agama biasanya berdasarkan tafsiran teks suci dan tradisi agama Islam.


TITIK PERTEMUAN HASIL KAJIAN SAINS DAN HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM

Manusia sebagai hamba Allah SWT perlu menentukan pemilihan makanan Halalan Tayyiban iaitu halal lagi baik, sebagaimana yang ditentukan Syariah. Perintah Allah ini akan memberikan keselamatan kepada seluruh manusia, sama ada orang Islam mahupun orang bukan Islam, kerana ianya berguna untuk menjaga kesihatan tubuh badan manusia. 


Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah 2: 168, yang maksudnya:  

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


Perintah Allah ini ditujukan kepada semua manusia untuk mengambil makanan yang dibenarkan oleh Allah SWT sepanjang menjalani kehidupan, melainkan makanan yang tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai makanan. Pemilihan makanan bergantung kepada manusia dalam memilih sesuatu yang akan dimakan atau tidak dimakan dengan berdasarkan kepada tuntutan Syariah. Sudah semestinya, pengambilan makanan dan minuman tidak diizinkan disebabkan ianya mengikuti tipu daya syaitan. Syaitan adalah musuh manusia dan boleh memesongkan kehidupan yang baik. Ia sentiasa akan membuat kesesatan, sehingga memutuskan sesuatu perkara bersandarkan keputusan sendiri, dan tidak merujuk kepada ketentuan dan peraturan Allah SWT. 

Pengambilan makanan dan minuman berkemungkinan berhadapaan dengan isu yang berkaitan dengan sumbernya. Oleh itu, perlu pendedahan sumber tersebut agar pengguna dapat menggunapakai dengan penuh keyakinan kehalalannya. Manakala dari aspek statusnya, logo halal telahpun dikawal oleh JAKIM dengan menyediakan parameter halal sebagai rujukan dalam menentukan status halalnya. Masyarakat dan industri telah dapat menjalankan perniagaan dengan berdasarkan kepada panduan ini. Justeru itu, kaedah penentu pemilihan makanan perlu diperhebatkan lagi sebagai promosi bagi mencari jalan penyelesaian secara mendalam.

Sekadar contoh, status kenajisan anjing dalam Mazhab Syafi’i dan Hanbali ternyata dikuatkan oleh sains modern. Sebagai landasan ilmiah, sebuah syarah kitab dari Mazhab Hanbali memaparkan alasan logis kenajisan anjing tersebut. Kitab itu berjudul Ihkamul Ahkam Syarah ‘Umdatul Ahkam yang ditahqiq oleh Ahmad Muhammad Syakir. 

Kitab ‘Umdatul Ahkam ditulis oleh ulama dari Mazhab Hanbali yang bernama Abdul Ghani Al-Maqdisi. Syarahnya yang berjudul Ihkamul Ahkam ditulis oleh Ibnu Daqiq Al-Id. Dalam kitab yang ditahqiq oleh Ahmad Muhammad Syakir, ternyata ada catatan kaki yang menjelaskan landasan ilmiah kenajisan anjing dari sisi kesehatan.


Hadits Rasulullah SAW dari Abu Hurairah yang dijelaskan dalam kitab tersebut berbunyi:

إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعا وَلِمُسْلِمٍ:أُولاهُنَّ بِالتُّرَابِ    

Artinya: “Apabila anjing minum dari wadah salah seorang di antaramu, maka basuhlah tujuh kali.” 


KESIMPULAN

 Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa anjing itu keseluruhannya adalah najis, termasuklah air liurnya, bulunya, air kencingnya dan lain-lain daripada anggota dan bahagiannya. 

Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud di dalam babi. Virusini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapiialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV.

Begitu juga, kenajisan anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah kerana ia tidak memadai membasuhnya dengan air sekali sahaja seperti najis-najis yang lain. Akan tetapi, ia mestilah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Satu daripadanya dengan air tanah, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith yang sahih.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

TAJUK

MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK: KENAPA ANJING DAN BABI DIHARAMKAN? NAMA PENSYARAH: ENCIK SAFUAN BIN MOHD YUSOF...